Menurut Kamus Dewan (1989), kepimpinan bermaksud keupayaan memimpin. Mengikut Certo (1997), kepimpinan ialah proses pengarahan tingkah laku orang lain ke arah penyempurnaan sesuatu objektif. Pengarahan bermaksud seseorang individu bertindak mengikut cara tertentu atau mengikut sesuatu seperti polisi, organisasi, tatacara dan deskripsi kerja.
Alhamdulillah , selepas melaungkan ikrar dan janji kami .. Dengan itu , kami dengan rasminya telah menjadi salah 1 Organisasi Badan Kepimpinan Pelajar ( BKP ) , MRSM Muadzam Shah dengan tugas umum menjaga nama baik maktab dari anasir-anasir buruk sebagai seorang BKP dan mengawal serta membantu aktiviti-aktiviti kerohanian maktab sebagai seorang BADAR .
Dengan dinasihati dan dibimbing 2 orang Guru Penasihat , kami seramai 20 orang Ahli BADAR termasuk seorang wakil Badan Wakil Pelajar ( BWP ) , yang dikenali Biro Kerohanian tetapi di BADAR sendiri , lebih dikenali sebagai 'Kepala BADAR ' , berjanji akan membantu aktiviti - aktiviti kerohanian maktab khususnya dan menjaga nama baik maktab daripada anasir- anasir buruk amnya.
Wallahu'alam
No comments:
Post a Comment