Search This Blog

Thursday, 21 July 2016

FORUM PERDANA BERSAMA PENCETUS UMMAH

Forum merupakan 1 medan untuk memberikan pendapat secara terbuka dan berkongsi idea berkenaan isu yang dibincangkan tanpa halagan . Sebaran dakwah juga boleh berlaku sekiranya 2 orang ilmuan hadir dan memberikan pendapat atau idea berdasarkan soalan yang diajukan oleh Moderator .

 
Berlandaskan dengan penyataan di atas , pihak Masjid Tengku Ampuan Afzan Bandar Satelit Muadzam Shah , telah mengadakan Forum Perdana yang bertajuk "FASTAQEEM" , diadili oleh 2 orang Pencetus Ummah , PU Azman dan PU Syed di Dewan Solat Masjid Tengku Ampuan Afzan Bandar Satelit Muadzam Shah selepas selesai Solat Maghrib . Forum dijayakan oleh beberapa pusat pendidikan sekitar Muadzam Shah , Pahang seperti MRSM Muadzam Shah yang menghantar beberapa pelajar terpilih dan diawasi oleh Lembaga Disiplin Pelajar ( LDP ) & Badan Dakwah & Kerohanian ( BADAR ).


Cara penyampaian yang sporting dan gempak menjadikan kami tidak puas mendengar dan sukar untuk mengajak kaki. Antara ilmu yang kami dapat adalah :- 
  1. Kepimpinan dan semangat Jihad Panglima Muda Islam , Salahuddin Al-Ayubi
  2. Definisi sebenar FASTAQEEM yang merangkumi aspek Istiqomah 
  3. Perbezaan Remaja dahulu dan Sekarang
"Ingat wahai adik-adik , remaja di zaman dulu berperang untuk menaikkan nama Islam .. semangat jihad mereka sangatlah tinggi .. tetapi remaja sekarang 'berperang' untuk mencari cinta yang akan 'mati' .. semangat 'jihad cinta' mereka sangatlah tinggi . Ubahlah untuk keamanan anak cucu kamu yang akan datang sekiranya tak nak perkara menjadi lagi teruk " -PUAzman-

Wallahu'alam


No comments:

Post a Comment