Search This Blog

Friday, 30 December 2016

Saturday, 24 September 2016

Kem Nuqabah Professional

USRAH 
  • dari segi bahasa - Keluarga 
  • dari segi istilah - satu program tetap yang dianjurkan oleh kumpulan yang diketuai oleh seorang naqib/ah bekerjasama untuk memahami dan menghayati Islam.
Tujuan utamanya adalah untu menambahkan penghayatan dan menimbulkan perasaan tanggungjawab terhadap ajaran Islam secara peribadi dan jemaah . 

Jazakakallah Khairan kepada wakil Itqan Training & Consultancy , 
Al-Fadhil Ustaz Nik Mohammad Kamal bin Nik Hanafi atau lebih dikenali dengan Abg Nik , kerana sudi hadir dan menjayakan Kem Nuqaba Professional untuk Naqib & Naqibah MRSM Muadzam Shah Anjuran Unit Pendidikan Agama Islam ( PAI ) MRSM Muadzam Shah yang dibantu oleh Badsan Dakwah Dan Kerohanian MRSM Muadzam Shah yang diadakan selama 2 hari 1 malam dari 24 Sep hingga 25 Sep 2016 bertempat di MRSM Muadzam Shah . 

Seramai 86 Naqib & Naqibah telah dipilih untuk menyertai kem ini . 

Pada mulanya , kami menyangka kem ini adalah sama seperti kem - kem yang telah dianjurkan sebelum ini , tpi ternyata ia amatlah berbeza . Walaupun kem ini hanya diadili dengan 1 penceramah sahaja , tapi Alhamdulillah , kem ini berjalan dengan lancar atas komitmen pelajar dan kemahiran penceramah tersebut . 

" Dengan hanya sebatang pen sahaja , kita boleh menceritakan beribu kisah " -AbgNik-
Abg Nik sering menggunakan latar lagu untuk memberikan suasana yang agak berbeza . Beliau juga sering menggunakan cara yang mudah untuk kami memahami segala ilmu  atau input yang diberikan. Antara input yang kami dapat daripada kem ini ialah :- 
  1. Mengetahui lebih mendalam tentang usrah 
  2. Cara pengendalian usrah secara Professional
  3. Penyelesaian masalah usrah 

"Jadikanlah Usrah ini sebagai 1 medan untuk kamu menggubah diri dalam masa yang sama ubah orang lain dan dunia dengan cara yang professional " -AbgNik-

Walaupun hanya 2 hari sahaja kem , tetapi berbagai input yg diperoleh ...
Tetapi apakan daya , setiap pertemuan pasti akan tempur detik perpisahan .. Moga-moga kita akan bertemu di masa yang akan datang dan In Shaa Allah input yg diberikan akan kami amalkan ..

Saudara - saudari yang inginkan program seperti ini di tempatnya , bolehlah hubungi 010 3306110 . Untuk makluman lanjut , layari   www.quranicgroup.blogspot.com

Wallahu ' alam

Thursday, 21 July 2016

FORUM PERDANA BERSAMA PENCETUS UMMAH

Forum merupakan 1 medan untuk memberikan pendapat secara terbuka dan berkongsi idea berkenaan isu yang dibincangkan tanpa halagan . Sebaran dakwah juga boleh berlaku sekiranya 2 orang ilmuan hadir dan memberikan pendapat atau idea berdasarkan soalan yang diajukan oleh Moderator .

 
Berlandaskan dengan penyataan di atas , pihak Masjid Tengku Ampuan Afzan Bandar Satelit Muadzam Shah , telah mengadakan Forum Perdana yang bertajuk "FASTAQEEM" , diadili oleh 2 orang Pencetus Ummah , PU Azman dan PU Syed di Dewan Solat Masjid Tengku Ampuan Afzan Bandar Satelit Muadzam Shah selepas selesai Solat Maghrib . Forum dijayakan oleh beberapa pusat pendidikan sekitar Muadzam Shah , Pahang seperti MRSM Muadzam Shah yang menghantar beberapa pelajar terpilih dan diawasi oleh Lembaga Disiplin Pelajar ( LDP ) & Badan Dakwah & Kerohanian ( BADAR ).


Cara penyampaian yang sporting dan gempak menjadikan kami tidak puas mendengar dan sukar untuk mengajak kaki. Antara ilmu yang kami dapat adalah :- 
  1. Kepimpinan dan semangat Jihad Panglima Muda Islam , Salahuddin Al-Ayubi
  2. Definisi sebenar FASTAQEEM yang merangkumi aspek Istiqomah 
  3. Perbezaan Remaja dahulu dan Sekarang
"Ingat wahai adik-adik , remaja di zaman dulu berperang untuk menaikkan nama Islam .. semangat jihad mereka sangatlah tinggi .. tetapi remaja sekarang 'berperang' untuk mencari cinta yang akan 'mati' .. semangat 'jihad cinta' mereka sangatlah tinggi . Ubahlah untuk keamanan anak cucu kamu yang akan datang sekiranya tak nak perkara menjadi lagi teruk " -PUAzman-

Wallahu'alam


Sunday, 3 July 2016

MAJLIS PERLANTIKAN BKP 1617 MRSM MUADZAM SHAH

Menurut Kamus Dewan (1989), kepimpinan bermaksud keupayaan memimpin. Mengikut Certo (1997), kepimpinan ialah proses pengarahan tingkah laku orang lain ke arah penyempurnaan sesuatu objektif. Pengarahan bermaksud seseorang individu bertindak mengikut cara tertentu atau mengikut sesuatu seperti polisi, organisasi, tatacara dan deskripsi kerja.

 
Alhamdulillah , selepas melaungkan ikrar dan janji kami .. Dengan itu , kami dengan rasminya telah menjadi salah 1 Organisasi Badan Kepimpinan Pelajar ( BKP ) , MRSM Muadzam Shah dengan tugas umum menjaga nama baik maktab dari anasir-anasir buruk sebagai seorang BKP dan mengawal serta membantu aktiviti-aktiviti kerohanian maktab sebagai seorang BADAR . 

 Dengan dinasihati dan dibimbing 2 orang Guru Penasihat , kami seramai 20 orang Ahli BADAR termasuk seorang wakil Badan Wakil Pelajar ( BWP ) , yang dikenali Biro Kerohanian tetapi di BADAR sendiri , lebih dikenali sebagai 'Kepala BADAR ' , berjanji akan membantu aktiviti - aktiviti kerohanian maktab khususnya dan menjaga nama baik maktab daripada anasir- anasir buruk amnya.

Wallahu'alam


Tuesday, 2 February 2016

RAKAN - RAKAN BADAR



Jikalau kita lihat semula dalam Sirah Islam , selepas sahaja Rasulullah wafat , telah adanya beberapa orang lelaki Muslim yang mengganti tugas Rasulullah dalam pentadbiran dan ekonomi negara . "Pengganti" atau lebih dikenali Khalifah terdiri daripada sahabat karib Rasulullah sendiri . Jadi , bolehlah kita simpulkan dalam sesebuah kehidupan kita memerlukan sahabat karib untuk membantu lelagi yang sentiasa berada di sisi mengingatkan kita kepada-Nya . Dengan menggunakan konsep tersebut , BADAR MRSM Muadzam Shah telah mencipta satu badan dakwah yang membantu BADAR untuk menjayakan aktiviti-aktiviti kerohanian serta mengajak para pelajar untuk mengamalkan Amar Makruf Nahi Mungkar .


Lebih 50 orang pelajar yang secara sukarela menyokong usaha dakwah . Badan ini terdiri daripada beberapa Badan Kepimpinan Pelajar (BKP) dan beberapa pelajar biasa . Rakan - rakan BADAR boleh dibahagikan kepada 5 organisasi yang mempunyai tugasan khas tetapi tetap berpegang kepada 1 moto iaitu "Dakwah Pencetus Revolusi Ummah "

5 organisasi Rakan - Rakan Badar boleh dikaitkan dengan Khulafa - Khulafa Ar -Rasyidin 



KHALIFAH ABU BAKAR
( IMAM MUDA )



KHALIFAH UMAR AL KHATTAB
( PEMBACA DOA )

KHALIFAH UTHMAN AFFAN
( DAIE MUDA )
KHALIFAH ALI ABU TALIB
( NAQIB DAN NAQIBAH )


BANI UMAIYAH & BANI ABBASIYAH
( BIRO KEROHANIAN LDP & PRS )


                      
MARILAH KITA BERSAMA - SAMA MENYAMBUT SERUAN DAKWAH 

Friday, 1 January 2016

BADAR RIANS 1617


PRESENTING  BADAR RIANS 1617 MRSM MUADZAM SHAH 

PRESIDENT BADAR 1617
( Muhammad Syukri Bin Yazid )

BADAR FORM 4 

BADAR FORM 2
BADAR FORM 1



Doa Ikatan Hati


DOA RABITAH

Ya Allah engkau mengetahui hati-hati ini
Telah berkumpul kerana kasihkan-Mu
Bertemu dan patuh pada-Mu
Bersatu memikul dakwah-Mu
Hati-hati ini telah berjanji setia
Mandaulat dan mendokong syariat-Mu
Maka eratkanlah akan ikatannya
Kekalkan kemesraan hati ini
Tunjukkan ia jalan yang sebenar
Limpahkan dengan cahaya rabbani-Mu
Yang tak pernah padam
Dan lapangkan dengan iman

About us ?


Badan Dakwah Dan Rohani MRSM Muadzam Shah 16/17

Assalamualaikum 
Dakwah merupakan nadi kepada pengembangan dan penghayatan ilmu-ilmu Islam. Dengan adanya dakwah dalam rutin harian, ilmu-ilmu Islam akan terus diamalkan oleh umat Islam dan seterusnya melahirkan modal insan yang terbaik dari aspek kerohanian mereka.

Badan Dakwah Dan Rohani merupakan sesuatu organisasi yang bertindak  mengawal atur aktiviti-aktiviti kerohanian dan pentarbiyahan islamiah di sekolah ini . Badan Dakwah Dan Rohani atau lebih dikenali sebagai BADAR juga menjadi salah satu badan kepimpinan pelajar yang utama selepas Lembaga Disiplin Pelajar (LDP) dan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) kerana tugasannya yang amat penting dalam membentuk diri para pelajar . Bertepatan dengan tujuan penubuhan organisasi ini adalah untuk  membangunkan modal insan yang berkualiti yang dapat memberi sumbangan kepada agama dan masyarakat dengan melahirkan pelajar yang mempunyai sahsiah unggul selaras dengan Misi dan Visi maktab dan MARA . Organisasi ini juga untuk memantapkan nilai kepimpinan dalam dakwah yang sedia  pada diri pelajar serta  mengasah daya kreativiti pelajar di dalam pengurusan dan pelaksanaan aktiviti sebagai medium dakwah.

OBJEKTIF PENUBUHAN

·        Melatih pelajar agar kritis dan kreatif di dalam menyampaikan dakwah.
·        Membantu pihak Dakwah & Kerohanian dalam melaksanakan aktiviti.
·        Mempelbagaikan kegiatan/aktiviti yang selaras dengan visi dan misi maktab.
·        Mengatur dan menyelia aktiviti keagamaan yang dijalankan di sekolah.
·        Membentuk keperibadian pelajar melalui program yang dilaksanakan. 


VISI

Menjadi sebuah badan pembudayaan Islam dalam kalangan warga MRSM Muadzam Shah ke arah
meraih kecemerlangan dan kegemilangan hidup di dunia dan akhirat.