Jikalau kita lihat semula dalam Sirah Islam , selepas sahaja Rasulullah wafat , telah adanya beberapa orang lelaki Muslim yang mengganti tugas Rasulullah dalam pentadbiran dan ekonomi negara . "Pengganti" atau lebih dikenali Khalifah terdiri daripada sahabat karib Rasulullah sendiri . Jadi , bolehlah kita simpulkan dalam sesebuah kehidupan kita memerlukan sahabat karib untuk membantu lelagi yang sentiasa berada di sisi mengingatkan kita kepada-Nya . Dengan menggunakan konsep tersebut , BADAR MRSM Muadzam Shah telah mencipta satu badan dakwah yang membantu BADAR untuk menjayakan aktiviti-aktiviti kerohanian serta mengajak para pelajar untuk mengamalkan Amar Makruf Nahi Mungkar .
Lebih 50 orang pelajar yang secara sukarela menyokong usaha dakwah . Badan ini terdiri daripada beberapa Badan Kepimpinan Pelajar (BKP) dan beberapa pelajar biasa . Rakan - rakan BADAR boleh dibahagikan kepada 5 organisasi yang mempunyai tugasan khas tetapi tetap berpegang kepada 1 moto iaitu "Dakwah Pencetus Revolusi Ummah "
5 organisasi Rakan - Rakan Badar boleh dikaitkan dengan Khulafa - Khulafa Ar -Rasyidin
KHALIFAH ABU BAKAR ( IMAM MUDA ) |
KHALIFAH UMAR AL KHATTAB ( PEMBACA DOA ) |
KHALIFAH UTHMAN AFFAN ( DAIE MUDA ) |
KHALIFAH ALI ABU TALIB ( NAQIB DAN NAQIBAH ) |
BANI UMAIYAH & BANI ABBASIYAH ( BIRO KEROHANIAN LDP & PRS ) MARILAH KITA BERSAMA - SAMA MENYAMBUT SERUAN DAKWAH |