Search This Blog

Friday, 1 January 2016

BADAR RIANS 1617


PRESENTING  BADAR RIANS 1617 MRSM MUADZAM SHAH 

PRESIDENT BADAR 1617
( Muhammad Syukri Bin Yazid )

BADAR FORM 4 

BADAR FORM 2
BADAR FORM 1



Doa Ikatan Hati


DOA RABITAH

Ya Allah engkau mengetahui hati-hati ini
Telah berkumpul kerana kasihkan-Mu
Bertemu dan patuh pada-Mu
Bersatu memikul dakwah-Mu
Hati-hati ini telah berjanji setia
Mandaulat dan mendokong syariat-Mu
Maka eratkanlah akan ikatannya
Kekalkan kemesraan hati ini
Tunjukkan ia jalan yang sebenar
Limpahkan dengan cahaya rabbani-Mu
Yang tak pernah padam
Dan lapangkan dengan iman

About us ?


Badan Dakwah Dan Rohani MRSM Muadzam Shah 16/17

Assalamualaikum 
Dakwah merupakan nadi kepada pengembangan dan penghayatan ilmu-ilmu Islam. Dengan adanya dakwah dalam rutin harian, ilmu-ilmu Islam akan terus diamalkan oleh umat Islam dan seterusnya melahirkan modal insan yang terbaik dari aspek kerohanian mereka.

Badan Dakwah Dan Rohani merupakan sesuatu organisasi yang bertindak  mengawal atur aktiviti-aktiviti kerohanian dan pentarbiyahan islamiah di sekolah ini . Badan Dakwah Dan Rohani atau lebih dikenali sebagai BADAR juga menjadi salah satu badan kepimpinan pelajar yang utama selepas Lembaga Disiplin Pelajar (LDP) dan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) kerana tugasannya yang amat penting dalam membentuk diri para pelajar . Bertepatan dengan tujuan penubuhan organisasi ini adalah untuk  membangunkan modal insan yang berkualiti yang dapat memberi sumbangan kepada agama dan masyarakat dengan melahirkan pelajar yang mempunyai sahsiah unggul selaras dengan Misi dan Visi maktab dan MARA . Organisasi ini juga untuk memantapkan nilai kepimpinan dalam dakwah yang sedia  pada diri pelajar serta  mengasah daya kreativiti pelajar di dalam pengurusan dan pelaksanaan aktiviti sebagai medium dakwah.

OBJEKTIF PENUBUHAN

·        Melatih pelajar agar kritis dan kreatif di dalam menyampaikan dakwah.
·        Membantu pihak Dakwah & Kerohanian dalam melaksanakan aktiviti.
·        Mempelbagaikan kegiatan/aktiviti yang selaras dengan visi dan misi maktab.
·        Mengatur dan menyelia aktiviti keagamaan yang dijalankan di sekolah.
·        Membentuk keperibadian pelajar melalui program yang dilaksanakan. 


VISI

Menjadi sebuah badan pembudayaan Islam dalam kalangan warga MRSM Muadzam Shah ke arah
meraih kecemerlangan dan kegemilangan hidup di dunia dan akhirat.